Tips dan Rawatan IVF Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

Penantian seorang zuriat bukanlah sesuatu perkara yang mudah, terutamanya bagi pasangan yang telah sekian lama mengikhtiar. Setelah bertahun-tahun menunggu, sudah tentu ramai akan mencari alternatif rawatan kesuburan bagi meningkatkan harapan untuk menimang cahaya mata.

6 Perkara Yang Harus Anda Tahu Tentang Rawatan IVF di Malaysia

Berikut adalah antara informasi tentang rawatan IVF di Malaysia. Jadi, kepada sesiapa yang inginkan cahaya mata, mohon baca dan tahu sebelum membuat rawatan.

1. Apakah Rawatan IVF?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa itu IVF? Dalam bahasa saintifik, IVF bermaksud In-Vitro Fertilisation. IVF merupakan satu proses di mana ovum disenyawakan di luar rahim, iaitu di dalam makmal.

ivf proses

Pada masa dahulu, IVF lebih dikenali sebagai “bayi tabung uji”. Proses teknologi IVF mula mencatat kejayaan sulung di dunia pada 1978 dan telah dibawa ke Malaysia sehingga menghasilkan kejayaan dengan kelahiran ribuan bayi sehingga ke hari ini.

2. Bagaimana Rawatan IVF Dapat Membantu Kesuburan?

Sehingga kini, terdapat ramai pasangan kahwin di Malaysia yang mempunyai masalah-masalah kesuburan, terutamanya pada bahagian Tiub Fallopio telah berjaya meningkat kadar mengandung dengan proses IVF berjaya.

Kepada pasangan kahwin yang mempunyai masalah kesuburan, rawatan IVF amat disyorkan kepada:

  • Lelaki yang mempunyai masalah pada sperma.
  • Wanita yang mempunyai masalah Tiub Fallopio tersumbat atau bermasalah fibroid, Endometriosis atau PCOS.
  • Pernah melakukan rawatan kesuburan permanian beradas atau IUI sebanyak 3-4 tetapi gagal.
  • Masih tidak dapat hamil selepas 2 tahun dan puncanya masih belum dapat dikenal pasti.

3. Prosedur Rawatan IVF

Kepada pasangan yang mempunyai pengalaman IVF, ovum dan sperma isteri dan suami terlebih dahulu dikeluarkan dan disenyawakan di luar. Selepas itu, anda boleh menjangka dan meluangkan masa kira-kira setengah hari di klinik untuk prosedur pengeluaran telur dan persenyawaan.

Selepas dua atau tiga hari setelah embrio terbentuk, ia akan dimasukkan semula ke dalam rahim ibu semasa waktu ovulasi. Jika berjaya, embrio akan terus berkembang dan melalui kaedah kehamilan seperti biasa.

Selain itu, dengan teknologi ICSI atau lebih dikenali (Intracytoplasmic Sperm Injection) yang lebih canggih turut ditawarkan di mana ia lebih sesuai bagi lelaki yang tidak mengeluarkan sperma yang berkualiti.

proses ivf berjaya

4. Di Mana Boleh Dapatkan Rawatan IVF di Malaysia?

Menurut doktor pakar, terdapat lebih kurang 35 premis klinik rawatan kesuburan yang mengendalikan perkhidmatan IVF pada tahun 2016.

Dari jumlah ini, terdapat 31 di sektor swasta dan bakinya adalah hospital kerajaan. Antara hospital swasta yang terkenal adalah KL Fertility Centre, Sun Fert dan Metro Fertility.

Seterusnya, terdapat 4 buah hospital yang menawarkan perkhidmatan IVF di sektor kerajaan adalah Hospital Kuala Lumpur, Hospital Nur Zahirah, Hospital Likas serta Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

proses ivf

5. Kos Rawatan IVF di Malaysia

Harga IVF di Malaysia amatlah berbeza di mana kos di hospital kerajaan jauh lebih rendah berbanding di perkhidmatan swasta kerana pihak kerajaan telah memberi subsidi ubat ubatan.

Walaubagaimanapun, pesakit terpaksa menunggu giliran dek kerana kes rujukan yang banyak. Sungguhpun rawatan IVF di hospital kerajaan amatlah terhad, namun ujian pemeriksaan kesuburan yang disediakan hampir di setiap hospital besar negeri masing-masing.

6. Peratusan Kejayaan Rawatan IVF

Seterusnya, peratus kejayaan IVF amat bergantung kepada beberapa faktor seperti usia, jenis masalah kesuburan atau makmal di mana IVF dilakukan. Tekan sini untuk maklumat lebih lanjut.

Menurut doktor pakar, wanita dalam usia 30-an mempunya peratus kejayaan IVF yang tinggi, menghampiri 50%. Manakala, wanita berusia 40 ke atas peratusannya mungkin 10% sahaja.

Namun, untuk tips IVF yang berjaya, kebanyakan institusi perubatan mencadangkan beberapa cara untuk meningkatkan keberkesanan rawatan IVF, antaranya:

  • Mengurangkan pengambilan kafein.
  • Mencapai BMI yang ideal.
  • Menghentikan pengambilan alkohol dan rokok.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *